wanita dari cara berjalan
 sape nak tau sikap seorang wanita?jom kita share...ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan:
sape nak tau sikap seorang wanita?jom kita share...ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan:
  1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
 
 Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat 
tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain 
terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap 
egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros 
atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan 
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai 
lelaki.
 
 2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
 
 Wanita 
yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun 
ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka
 menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki 
yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang
 diatur dan diuruskan.
 
 3. Suka Menunduk
 
 Wanita seperti
 ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan
 orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti 
ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang 
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika 
ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh
 kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak 
akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
 
 4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
 
 Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang 
teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan 
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu 
mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi 
dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti 
ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
 
 5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
 
 Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap 
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada 
dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah 
itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk 
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak 
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
 dirinya sendiri. 
6. Badan Nampak Tegak 
 
 Wanita ini tegas 
dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur 
oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan 
dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia 
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi 
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
 
 7. Berjalan seperti Zirafah
 
 Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke 
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia 
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual 
dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya 
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
 
 **Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi 
boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar 
berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan 
semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. 
Wallahualam.
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan