Cabaran sebenar bagi setiap wanita ialah setelah bergelar isteri dan
ibu. Ketika ini, setiap wanita perlu menitikberatkan soal bagaimana
untuk menambat hati suami dan sekaligus menjadi isteri yang dicintai
suami selama-lamanya.
Namun sayangnya, ramai wanita yang lupa peranan sebenar mereka setelah mendirikan rumah tangga. Setelah berkahwin, ramai yang sudah lupa untuk memikat hati suami termasuk dari segi penampilan, budi bahasa, rasa hormat dan banyak lagi.
Ciri-ciri isteri dambaan suami
1. Akur pada suami. Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik ada suami. Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang ‘melegakan’ setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter, busy body, ataupun bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami. Ada isteri terlalu demand, meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami. Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecanyikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut cita rasa suami.
5. Suka sanggah dan menolak permintaan suami. Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami. Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami. Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami
9. Jaga harta suami. Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah atau menderhaka pada suami. Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk meminta maaf. Sesungguhnya, isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami. Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa. Sebaliknya perlu berterima kasih dan hormati dirinya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami.
14. Pandang muka suami bila bercakap.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga.
16. Jangan terlalu kongkong suami.
17. Urut badan suami selepas balik kerja.
18. Jaga makan minum suami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan