Rabu, 17 Oktober 2012

demam simsimi


 

 
Apa SimSimi ni?
 
----> senang cakap adalah Chatting robot...
 
SimSimi ni ialah satu aplikasi yang akan membalas apa yang kita tanyakan kepadanya. Aplikasi ini akan mencari jawapan melalui carian kata kunci di internet dan beri jawapan pada kita.

Oleh sebab bosan dan dah xtau nak buat apa, aku try la ajak SimSimi bersembang...ni pun sebab kat opis ade wifi...kalo xdak line tenet xleh la sembang gn si simi ni...hehehe....

hehehehe......kalo simi ni dapat msg ni dia akan jwb --> apa gelak gelak...

tengok pandai kan robot nih... dek kerana la ni dok sakan berchatting gn robot ni terkena jugak la kan....

sebab taw dia adalah seorang robot...aku try la cakap dia bodoh...

korang taw x dia jawab ape kat aku balik???

ko la bodoh sebab tetiba je maki aku ni bodoh...

aku balas la balik, sim ko la yang bodoh... n sim balas kat aku ko la bodoh sebab maki robot....

aduss....terkena sudaa....

so, kalo korang nk lepas tensen xpayah la wat yg bukan2 lebih baik sembang gn simsimi ni...tengah malam pun boleh wat kita pecah perut..........kahkah.......... 

untuk memudahkan korang google kat address ni....

SimSimi - Android

www.androidzoom.com › Android AppsEntertainment
Download SimSimi for Android (10000000 - 50000000 downloads) - Talk to SimSimi and teach him new words.

selamat mencuba dan berseronok dengan simsimi........

Khamis, 9 Ogos 2012

raya oh raya



sedar xsedar dah doploh hari kita berpuasa..fuiyoo...cepat sungguh masa berlalu. so mcm mana dgn korg sume?persiapan raya dah buat ke? baju, seluar, kuih muih, perhiasan rumah?


tahun ni masuk tahun kedua beraya sebagai mama kepada budak kecik yg xtau dok diam si aqeela...sungguh la teruja, dan sungguh la excited menyiapkan pakaian si kecik itu...dah tentu2 la baju dan persiapan lebih byk tertumpu pada dia.sonok kan jadi anak kecik.

tengok bukan main lagi dia berposing...


biarla org nak kata alah anak sorang xpela..beli ape saje..dah 2-3 tau la nti mcm mana..mmm ade aku kesah?

punye la syok membeli, sume utk pakai raya...bile disemak balik hahaha dekat 15 psg utk si kecik itu saje...huhu kena pakai sehari 2 psg bertuko2 le kut gamaknye.kahkah......mama punye baju raya mungkin sdg dijahit..2 psg cukuplah..skang ni masalahnye si papa punye baju je blom belik lagi..
kalo nak baju melayu bersepah org jual, nak plak si papa pakai jubah bagai...

tema taun nih biru yer...hoho mane nak cari jubah kaler biru nih......kebanyakan kaler putih dan itam...ade plak skang nih fesyen kurta jubah sekerat...xmo plak papa pakai...nti kene pakai gn kain pelekat hahaha.......kalo pakai gn seluar dah jadi ala2 hindustan la plak ye papa..ahaks......

mam xkisah la papa nak pakai jubah ke, kurta ke, janji pakai baju raye...ade plak kadang2 tu papa ckp mmm xpayah la beli baju...huhu sedih la plak.......pakai je apa yg ade. mane bleh kan...xsedondon la......sedondon tu penting utk menambahkan lagi kemeriahan di pagi raya...

masuk raya kedua lantaklan dah xsedondon pun...btol tak?sebab kdg2 raya kedua ni org dah xkisah dah sgt...

pape pun xsabar tunggu raya kali ni...sebabnye budak kecik ni dah bergaya dgn baju kurung dan bleh jalan berlari ke sini sana dah....cumelll kan....taun lepas masih berdukung bagai lagik...

neway nti kita sambung lagi cite raya k...walaweh..................

Khamis, 19 Julai 2012

kursus dan reunion ? ? ?

agak lama xmenulis di carpet itam ni...juz nak share baru2 ni aku di panggil berkursus di institut penilaian negara (INSPEN) bangi, selangor..hoho....kursus ni baru rupamye di inspen..kursus penilaian harta tanah industri burung walit. so, menurut surat panggilan kursus aku hanya tau aku akan bertemu dgn rakan classmate aku mase study diploma dulu yer...so check punye check bertiga....aku, kakzu n kakla..ok xpe la...

xpe la...sonok bukan kepalang dpt jumpa kwn2 yg dh lama xjumpa. dgn kakzu masih baru lagi jumpa di wedding hawa, tapi dgn si kakla ni mmg sgt lama la xjumpa, byk la cite yg kuar balik, mengimbas memori kenangan bersama selama 3 tahun.

so the 1st day hari masuk kuliah tu, bleh plak mase sarapan tuh nmpakla sorg yg dikenali jugak...owh mela rupenye...dah tergelak beso la kitorang ni...pe lagi riuh rendah le....

jom layan gamba kitorang abes je kuliah petang g pekena tutti fruitti..layyannnnnzzzzzzzzzzz.............

 stiap sorg punya

 kakzu, kakla dan mela

us...

so tu jela citenye...byk lg xlarat nak tulih...4 hari pon xcukup...

Selasa, 26 Jun 2012

prestasi kerja yang agak merudum

dah lama xhapdet..kekadang rasa malas, xtaula ikut perangai sapa..perangai diri la kan..sebab malas boleh diatasi...

aku rasa sipat malas ni pun berpunca dari ketiadaan bos di opis...bekerja tanpa ada kawalan dari seseorang yg bleh dihormati pun bleh menyebabkan prestasi kita jatuh...sebabnya xdak sapa bleh wat pengukuran terhadap hasil kerja kita...setiap kerja yg dilakukan harus ada penilaian dan xsalah jugak kpi atau pun key performance index diwujudkan...

hoho....sgt la malas diketika ini....

Selasa, 19 Jun 2012

Tips wajib baca!!!!!!!!!!!!!!




Untuk Mengenali Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus



Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

Credit to Rindok Blog

Isnin, 4 Jun 2012

kerete sewa yg best dan murah di langkawi

hai u olls....semepena baru balik dr cuti2 malaysia di langkawi bersama family terchenta, just nak share info dgn u olls la kan...aku sewa kereta ni dgn sorang mamat ni...murah dan berbaloi..coz kat langkawi better sewa kereta dr naik teksi utk menapak dr satu tempat ke satu tempat nih..lagipun masa perjalanan plak senang nk adjust kan...


so alkisahnya sebelum gi aku ade baca blog ni http://zue86.blogspot.com/2012/01/kereta-sewa-murah-kat-langkawi.html dari sini la aku dpt info yg kete sewa kat en hanafi nih mmg best dan murah so, aku mintak latio sebab harganya sewanya murah, amik besau ke kecik ke tetap harga sama. aku decide nak drive keta yg xmungkin aku beli la kan...hahaha....owh latio...berangan punya berangan lagi beberapa hari nak pi en hanafi ni kata dia xleh bg latio. dia akan bg kat aku vios baru dgn kdr sewa yg sama..ok...xpe la ....

pada hari aku smpai kat lgkawi tu dah xsabau call en napi...mintak keta...and we surprise sgt ..mmg best dan tip top....dgn sewa RM80.00 sehari kami dapat naik vios pusing2 langkawi dgn jayanya selama 2 hari....



papehal pun kalo u olls nak rase n nak dapatkan perkhidmatan en napi nih bleh la ke http://carlangkawi.blogspot.com/ utk dapat maklumat lanjut...

aku jugak amik tiket ke underwaterworld melalui en napi ni..kat kaunter jual RM28 tapi aku dpt RM25 je utk dewasa................thumbs up.....

Ahad, 13 Mei 2012

jalan2 zoo negara

wah ni cerita dah lame cuma baru sempat nak hapdet...sementelah balik ke skinchan bertolak di awal pagi menyinggahla kami di parit buntar di kg permatang tok mahat...fuiyoo mcm2 ada..

 shopping sebentar di sini..pasar membeli belah untuk org2 pompuan mcm aku ni..gila la weh...borong sakan..sesuai untuk org2 yg nak meniaga pon ok.. pasar ni hanya ada hari jumaat dan isnin saje sebelum pkol 12 tgh hari pastu dah bungkus...



sesudah penat lelah di sini, kami meneruskan perjalanan. kali ni balik ke kampung di selangor tidak melalui lebuhraya k. kami melalui jalan raya biasa senang cakap jalan dalam la..dah nama jalan dalam, banyak la tempat untuk disinggah, tempat setrusnya adalah ZOO TEPENG......

dah lama dah papa ajak mama singgah, tapi asik adeje alasan mama bagi, skang dh xleh lari dr alasan, papa bawak jugak. disebabkan sampai siang, xdapatla masuk NIGHT SAFARI...xkan nak tunggu kat situ smpai mlm plak kan...

qeela yg takut dgn replika ini.



 




suda keletihan....

Rabu, 9 Mei 2012

hari ibu

bulan mei mmg terkenal dengan sambutan hari ibu...wah...best kan bagi yang bergelar ibu...macam aku jugak...sgtla seronok apabila bergelar ibu..nikmat hidup yang dikurniakan Allah buat umat-Nya bergelar wanita.

sebenarnya dan sepatutnya kita menganggap hari2 adalah hari ibu..ini kerana ibu patutla disanjung tinggi. aku percaya mana2 agama pun menitikberatkan kasih kepada ibu masing2. Setiap hari melihat wajah ibu juga akan memberikan impak yang besar dalam hati kita. Kasihnya kepada kita, membesarkan kita dari dalam kandungan dia lagi. Diusap-usapnya perut sewaktu kita berada dalam kandungan lagi. Mendoakan agar yang dilahirkan ini selamat dan sempurna. Membisik-bisikkan ayat-ayat suci untuk anak yang berada dalam kandungan lagi. Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Menginjak usia dan apabila kita bergelar seorang ibu..kita akan terasa begitu bermaknanya seorang ibu dalam kehidupan kita. Tanpa ibu, tanpa kita. Tanpa ayah tiada kita. Aku juga turut berpesan kepada anakku supaya sentiasa mengingati ibu bapa semasa dia masih hidup lagi. Hargailah pengorbanan seorang ibu dan jangan sesekali mengguriskan perasaan mereka hanya kerana sedikit perlakuan dan tindakan kita. Jaga tutur kata sewaktu bercakap dengan ibu bapa. 

Jangan terlalu ikut perasaan hanya untuk menegakkan yang salah.
Itulah yang aku selalu pesankan kepada anakku agar dia tidak lupa diri. Bila susah, ibulah tempat kita mengadu. Bila senang jangan lupa akan jasa ibu bapa walaupun mereka tidak pernah meminta itu dan ini daripada anak-anak tapi cukuplah dengan menggembirakan hati mereka.

Jangan membuatkan ibu tertunggu-tunggu panggilan daripada seorang anak. Cukup dengan bertanya khabar,cukup dengan memanggil ibu untuk sekali sehari.

Aku juga mengakui, kadang-kadang kita akan resah jika tidak melihat wajah ibu. Kadang-kadang kesibukkan waktu menyebabkan aku terleka seketika untuk melihat emak aku. Resahnya hati, Allah sahaja yang tahu. Bila tidak dapat menjengahnya pada waktu siang, aku akan bersantai pada waktu malam. Alhamdulillah kerana aku tinggal berhampiran dengan rumah emak. Tidak timbul masalah untuk aku berjumpa dengan emak dan ayah setiap hari.

Menjaga tutur kata sewaktu berbicara dengan emak amat penting. Baik dengan emak mentua mahupun emak sendiri. Agar tidak terluka di hati mereka. Walaupun anakku masih kecil, setiap kali dia tidur, aku mesti bercakap perlahan2 di telinganya supaya dia menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.

Akhir kata, kepada semua kaum ibu diucapkan SELAMAT HARI IBU, TANPA IBU, SIAPALAH KITA....

Selasa, 8 Mei 2012

Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris (Jin)

Hari ni nak share ape yg aku terbaca dari busuk.org. rase sangat berguna info nih..jom pakat2 amal untuk hindarkan diri dari sebarang kemudaratan...

 
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.


Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
 
Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih..


sama2 beramal.........

Isnin, 7 Mei 2012

kejutan di ofis

huuuhhhh.....hari aku sangat terkezut...berdesup je rase..bukan sebab aku, tapi sebab bos aku..di ofis bos aku ni digelar MZ.....atau pon MS..adela sebab2nye...dia ni bertindak sebagai bos yang xdisenangi warga staf kat ofis...suka sangat panggil mesyuarat walaupun benda tu hal kecik je...padahal benda tu bleh je dia sendiri wat keputusan..mesyuarat dibuat, minta pendapat staf pastu dia guna pendapat dia..pendapat orang yg waras dia xmau guna, suka bertindak diluar pengetahuan YDP, menyalahgunakan kuasa dia, menggunakan kenderaan pejabat sesuka hati n tujuan peribadi, masuk keje ikut dan dia dan mcm2 lagila..

so, semalam tetiba aku dapat surat pemberitahuan mengenai penggantungan kerja bos aku ni oleh tuan YDP...huhu...ramai yg gembira, ade jugak yg terkilan...sebab bos aku ni ade jugakla kebaikan dia..hmmm.....nasi dah jadik bubur kan...bos aku ni jugak terkenal dgn kelazeran mulut dia..owh kerana mulut badan binasa la nih...

ape nak buat kan..

so tunggu dan lihat la ape yg seterusnya akan berlaku plak...hehehehhe

 

Khamis, 3 Mei 2012

segan atau malas

dah lama xmenulis..banyak benda yg nak di tuleh tapi sangat geram kepada line tenet ini kerana lembap dan sopan sangat...yg paling penting penyegan pun sama, pemalas pun sama..

hah segan dan malas???bagi orang utara kedua2 perkataan ni membawa maksud yg sama,,,tapi bg bahasa buku yg betul dan asli dua perkataan nih lain maksudnye tau....

bahasa betul- segan - malu

bahasa utara-segan adalah malas yer...


so kita belajar bahasa la yer kali nih...3 hari lepas saya dah hapdet blog ni tapi tettiba blackout...adui la...dah la upload byk gmbar dah..xpe la nti saya hapdet lain kali yer....



ni la salah satu gmba yg telah diupload pada penulisan terakhir malangnya blackout...huhu...ni gamba bawak qeela ke zoo tepeng pada jumaat 27hb april yg lalu....besh!!!!

Selasa, 17 April 2012

kursus pengurusan dan penyenggaraan (akta 663)

pada 17 hingga 19 april yg lalu aku telah mengikuti kursus bertempat di institut latihan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan di berjaya hills, bukit tinggi, pahang..

kursus kali ni boleh kata smbil mkn angin jugaklan nak kenai tempat org...

jom layan apa yg aku dapat..ahakss...


sesampaije dah bergambor..since kawan2 kat opis xpenah mai lagi kan....so bleh tunjuk tayang kat depa.



ni pemandangan landskap dari tingkat bilik aku...




jepun xjadik


dgn syima rakan sepejabat

 
 














ini saje la yg dapat di upload buat masa nih....yg pasti best g berjalan2 la...hahaha

Ahad, 8 April 2012

huru hara



hari yg penuh dengan huru-hara...tempahan barang dah terima, tapi freezer plak xmuat nak simpan barang...owh tidak........................!!!!!!!!!!.........mcm mana nih..riso barang yg dah diorder rosak begitu saja...pelbagai cara difikirkan....

en, somi awal pagi lagi dah terpacak kat kedai perabot dan barang elekterik utk beli freezer lebih besar..maka dgn itu ni hasilnya yg diperolehi...
1) toke kedai kata yg paling besar ade tapi xleh dapat hari ni

2) bile freezer besar modal pun besar jugak

3) tapi adakah yg sebesar yg dicadangkan tu boleh memuatkan barang yg ade???

4) en somi dah kalut tanye suggestion aku

5) aku plak sibuk cari kat tenet..

6) byk listing fon aku dapat tapi sume kat bando besau mcm kat loqstaq...

7) at last toke kedai suggest kalo jadik amik gn dia, dia bg pinjam 2 freezer yg besau sedia ada kat  umah tu untuk simpan barang dulu, esok2 freezer besau sampai pulang dan tukaq balik...huhuhuuuu rase lega dengar.............

8) dan encik somi dah kembali ceria...aku pon ilang terus sakit pening kepala..tenkiu toke kedai...bleh berkompromi dengan kami yg baru nak berjinak2 dgn perniagaan nih....

alhamdulillah.................


Jumaat, 6 April 2012

xsabau....

alkisahnye...

satu percutian untuk anniversary holiday telah dirancang, destinasi nak dituju dah ade, penginapan pon dah booking, persediaan utk perjalanan pun dah ade tunggu nak ke situ jer lagi...

ish xsabau la plak nak pi ke situ...

percutian tersebut dirangka sendiri...dan en suami hanya mengiyakan dan telah pun bersetuju dgn rancangan tersebut...

xsabau... kenapa ek?percutian tersebut bukanlah satu percutian utk bershopping bagai yer...kalini punya plan no shopping yg meriah k...just for relax otak...n buat julung kalinya kami bercuti bertiga sahaja...

mama+papa n qeela......

begitula cerita xsabau ni.....layannnn...............

Rabu, 4 April 2012

jalan-jalan penang

malam yang boring saya, asben dan cik qeela telah berjalan-jalan mkn angin, mkn pasembor di gurney drive...jom layan..

 
muka excited nak g penang...

 
cik qeela yg terpegun dengan keadaan feri yg terbuka, angin bertiup kencang, dia sgt syiok masa nih sebab angin tiup muka dia, rmbut dia berterbangan...hehe..lawakla qeela nih..


tu diaa....pasembor penang...ala ketam xnampak...tapi rugi jer amik ketam sebab susah nak mkn..


papa dan qeela tengok laut tapi xnmpak of coz la gelap dh pkol bape nih...12 mlm la...


qeela pon nak posing jugak...


nila gamba paling happening yg kitorg amik sendirik...hahaha...nti g siang plak la...xnampak ape pon..mlm2...
 












 
 




Ahad, 1 April 2012

camner nak didik anak jadi bijak dan cerdik

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.



1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

3 7-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN “TIRU-MENIRU”
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Jom pakat2 try yer....Selamat mencuba!