bulan mei mmg terkenal dengan sambutan hari ibu...wah...best kan bagi yang bergelar ibu...macam aku jugak...sgtla seronok apabila bergelar ibu..nikmat hidup yang dikurniakan Allah buat umat-Nya bergelar wanita.
sebenarnya dan sepatutnya kita menganggap hari2 adalah hari ibu..ini kerana ibu patutla disanjung tinggi. aku percaya mana2 agama pun menitikberatkan kasih kepada ibu masing2. Setiap hari melihat wajah ibu juga akan memberikan impak yang besar 
 dalam hati kita. Kasihnya kepada kita, membesarkan kita dari dalam  
kandungan dia lagi. Diusap-usapnya perut sewaktu kita berada dalam  
kandungan lagi. Mendoakan agar yang dilahirkan ini selamat dan  
sempurna. Membisik-bisikkan ayat-ayat suci untuk anak yang berada dalam 
 kandungan lagi. Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap  
anak-anaknya.
Menginjak usia dan apabila kita bergelar seorang  ibu..kita akan 
terasa begitu bermaknanya seorang ibu dalam  kehidupan kita. Tanpa ibu, 
tanpa kita. Tanpa ayah tiada kita. Aku juga turut berpesan kepada anakku supaya sentiasa mengingati ibu bapa semasa dia  masih hidup 
lagi. Hargailah pengorbanan seorang ibu dan jangan sesekali  
mengguriskan perasaan mereka hanya kerana sedikit perlakuan dan tindakan
  kita. Jaga tutur kata sewaktu bercakap dengan ibu bapa. 
Jangan terlalu
  ikut perasaan hanya untuk menegakkan yang salah.
Itulah yang aku selalu pesankan kepada anakku agar dia tidak 
lupa diri. Bila  susah, ibulah tempat kita mengadu. Bila senang jangan 
lupa akan jasa ibu  bapa walaupun mereka tidak pernah meminta itu dan 
ini daripada anak-anak  tapi cukuplah dengan menggembirakan hati mereka.
Jangan membuatkan ibu  tertunggu-tunggu panggilan daripada seorang 
anak. Cukup  dengan bertanya  khabar,cukup dengan memanggil ibu untuk 
sekali sehari.
Aku juga mengakui, kadang-kadang kita akan resah jika tidak melihat wajah ibu. Kadang-kadang kesibukkan waktu menyebabkan aku terleka seketika untuk melihat emak aku. Resahnya hati, Allah sahaja yang tahu. Bila tidak dapat menjengahnya pada waktu siang, aku akan bersantai pada waktu malam. Alhamdulillah kerana aku tinggal berhampiran dengan rumah emak. Tidak timbul masalah untuk aku berjumpa dengan emak dan ayah setiap hari.
Menjaga  tutur kata sewaktu berbicara dengan emak amat penting. Baik 
dengan emak  mentua mahupun emak sendiri. Agar tidak terluka di hati 
mereka. Walaupun anakku masih kecil, setiap kali dia tidur, aku mesti bercakap perlahan2 di telinganya supaya dia menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.
Akhir kata, kepada semua kaum ibu diucapkan SELAMAT HARI IBU, TANPA IBU, SIAPALAH KITA....
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan