Ahad, 13 Mei 2012

jalan2 zoo negara

wah ni cerita dah lame cuma baru sempat nak hapdet...sementelah balik ke skinchan bertolak di awal pagi menyinggahla kami di parit buntar di kg permatang tok mahat...fuiyoo mcm2 ada..

 shopping sebentar di sini..pasar membeli belah untuk org2 pompuan mcm aku ni..gila la weh...borong sakan..sesuai untuk org2 yg nak meniaga pon ok.. pasar ni hanya ada hari jumaat dan isnin saje sebelum pkol 12 tgh hari pastu dah bungkus...



sesudah penat lelah di sini, kami meneruskan perjalanan. kali ni balik ke kampung di selangor tidak melalui lebuhraya k. kami melalui jalan raya biasa senang cakap jalan dalam la..dah nama jalan dalam, banyak la tempat untuk disinggah, tempat setrusnya adalah ZOO TEPENG......

dah lama dah papa ajak mama singgah, tapi asik adeje alasan mama bagi, skang dh xleh lari dr alasan, papa bawak jugak. disebabkan sampai siang, xdapatla masuk NIGHT SAFARI...xkan nak tunggu kat situ smpai mlm plak kan...

qeela yg takut dgn replika ini.



 




suda keletihan....

Rabu, 9 Mei 2012

hari ibu

bulan mei mmg terkenal dengan sambutan hari ibu...wah...best kan bagi yang bergelar ibu...macam aku jugak...sgtla seronok apabila bergelar ibu..nikmat hidup yang dikurniakan Allah buat umat-Nya bergelar wanita.

sebenarnya dan sepatutnya kita menganggap hari2 adalah hari ibu..ini kerana ibu patutla disanjung tinggi. aku percaya mana2 agama pun menitikberatkan kasih kepada ibu masing2. Setiap hari melihat wajah ibu juga akan memberikan impak yang besar dalam hati kita. Kasihnya kepada kita, membesarkan kita dari dalam kandungan dia lagi. Diusap-usapnya perut sewaktu kita berada dalam kandungan lagi. Mendoakan agar yang dilahirkan ini selamat dan sempurna. Membisik-bisikkan ayat-ayat suci untuk anak yang berada dalam kandungan lagi. Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Menginjak usia dan apabila kita bergelar seorang ibu..kita akan terasa begitu bermaknanya seorang ibu dalam kehidupan kita. Tanpa ibu, tanpa kita. Tanpa ayah tiada kita. Aku juga turut berpesan kepada anakku supaya sentiasa mengingati ibu bapa semasa dia masih hidup lagi. Hargailah pengorbanan seorang ibu dan jangan sesekali mengguriskan perasaan mereka hanya kerana sedikit perlakuan dan tindakan kita. Jaga tutur kata sewaktu bercakap dengan ibu bapa. 

Jangan terlalu ikut perasaan hanya untuk menegakkan yang salah.
Itulah yang aku selalu pesankan kepada anakku agar dia tidak lupa diri. Bila susah, ibulah tempat kita mengadu. Bila senang jangan lupa akan jasa ibu bapa walaupun mereka tidak pernah meminta itu dan ini daripada anak-anak tapi cukuplah dengan menggembirakan hati mereka.

Jangan membuatkan ibu tertunggu-tunggu panggilan daripada seorang anak. Cukup dengan bertanya khabar,cukup dengan memanggil ibu untuk sekali sehari.

Aku juga mengakui, kadang-kadang kita akan resah jika tidak melihat wajah ibu. Kadang-kadang kesibukkan waktu menyebabkan aku terleka seketika untuk melihat emak aku. Resahnya hati, Allah sahaja yang tahu. Bila tidak dapat menjengahnya pada waktu siang, aku akan bersantai pada waktu malam. Alhamdulillah kerana aku tinggal berhampiran dengan rumah emak. Tidak timbul masalah untuk aku berjumpa dengan emak dan ayah setiap hari.

Menjaga tutur kata sewaktu berbicara dengan emak amat penting. Baik dengan emak mentua mahupun emak sendiri. Agar tidak terluka di hati mereka. Walaupun anakku masih kecil, setiap kali dia tidur, aku mesti bercakap perlahan2 di telinganya supaya dia menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.

Akhir kata, kepada semua kaum ibu diucapkan SELAMAT HARI IBU, TANPA IBU, SIAPALAH KITA....

Selasa, 8 Mei 2012

Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris (Jin)

Hari ni nak share ape yg aku terbaca dari busuk.org. rase sangat berguna info nih..jom pakat2 amal untuk hindarkan diri dari sebarang kemudaratan...

 
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.


Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?
 
Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih..


sama2 beramal.........

Isnin, 7 Mei 2012

kejutan di ofis

huuuhhhh.....hari aku sangat terkezut...berdesup je rase..bukan sebab aku, tapi sebab bos aku..di ofis bos aku ni digelar MZ.....atau pon MS..adela sebab2nye...dia ni bertindak sebagai bos yang xdisenangi warga staf kat ofis...suka sangat panggil mesyuarat walaupun benda tu hal kecik je...padahal benda tu bleh je dia sendiri wat keputusan..mesyuarat dibuat, minta pendapat staf pastu dia guna pendapat dia..pendapat orang yg waras dia xmau guna, suka bertindak diluar pengetahuan YDP, menyalahgunakan kuasa dia, menggunakan kenderaan pejabat sesuka hati n tujuan peribadi, masuk keje ikut dan dia dan mcm2 lagila..

so, semalam tetiba aku dapat surat pemberitahuan mengenai penggantungan kerja bos aku ni oleh tuan YDP...huhu...ramai yg gembira, ade jugak yg terkilan...sebab bos aku ni ade jugakla kebaikan dia..hmmm.....nasi dah jadik bubur kan...bos aku ni jugak terkenal dgn kelazeran mulut dia..owh kerana mulut badan binasa la nih...

ape nak buat kan..

so tunggu dan lihat la ape yg seterusnya akan berlaku plak...hehehehhe

 

Khamis, 3 Mei 2012

segan atau malas

dah lama xmenulis..banyak benda yg nak di tuleh tapi sangat geram kepada line tenet ini kerana lembap dan sopan sangat...yg paling penting penyegan pun sama, pemalas pun sama..

hah segan dan malas???bagi orang utara kedua2 perkataan ni membawa maksud yg sama,,,tapi bg bahasa buku yg betul dan asli dua perkataan nih lain maksudnye tau....

bahasa betul- segan - malu

bahasa utara-segan adalah malas yer...


so kita belajar bahasa la yer kali nih...3 hari lepas saya dah hapdet blog ni tapi tettiba blackout...adui la...dah la upload byk gmbar dah..xpe la nti saya hapdet lain kali yer....



ni la salah satu gmba yg telah diupload pada penulisan terakhir malangnya blackout...huhu...ni gamba bawak qeela ke zoo tepeng pada jumaat 27hb april yg lalu....besh!!!!