1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu  menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih  banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.”  (Riwayat At-Tirmidzi).
  2.     Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam  lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti  memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).
  3.     Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).
  4.     Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah  kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak  dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud).
  5.     Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.).
  6.     Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam  makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati  ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
  7.     Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh).
  8.     Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah  kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun  keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah  balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali  silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah  balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
  9.     Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim).
  10.  Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim).
  11.  Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi ).
  12.  Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam  menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil,  ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’”  (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad).
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam  selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas,  al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan  tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau,  dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu  Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu  Majah, Nasa’i dan Ahmad).
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i).
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam  melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau  bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui  bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan  datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
والله أعلم بالصواب
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

