Rabu, 2 Januari 2013

cara nak jimat penggunaan bateri smartfon..



Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu korang memanjangkan kuasa bateri telefon pintar korang.
1. Paparan Skrin
Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa selain muka sendiri.
2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)
LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light) dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu korang mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.

3. Skrin Ke Paparan Standby
Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.
4. Sambungan (Connectivity)
Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan WiFi yang berada dikawasan berdekatan.
5. Aplikasi
Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.
6. Kemaskini
Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi telefon jika ianya terganggu.
7. Power Saving Mode
Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
8. Pengecas Telefon
Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.
9. Vibrate/Getaran
Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).
10. Common Sense
Secara umumnya kita tahu berapa lama bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon pintar setiap hari.

Rabu, 17 Oktober 2012

demam simsimi


 

 
Apa SimSimi ni?
 
----> senang cakap adalah Chatting robot...
 
SimSimi ni ialah satu aplikasi yang akan membalas apa yang kita tanyakan kepadanya. Aplikasi ini akan mencari jawapan melalui carian kata kunci di internet dan beri jawapan pada kita.

Oleh sebab bosan dan dah xtau nak buat apa, aku try la ajak SimSimi bersembang...ni pun sebab kat opis ade wifi...kalo xdak line tenet xleh la sembang gn si simi ni...hehehe....

hehehehe......kalo simi ni dapat msg ni dia akan jwb --> apa gelak gelak...

tengok pandai kan robot nih... dek kerana la ni dok sakan berchatting gn robot ni terkena jugak la kan....

sebab taw dia adalah seorang robot...aku try la cakap dia bodoh...

korang taw x dia jawab ape kat aku balik???

ko la bodoh sebab tetiba je maki aku ni bodoh...

aku balas la balik, sim ko la yang bodoh... n sim balas kat aku ko la bodoh sebab maki robot....

aduss....terkena sudaa....

so, kalo korang nk lepas tensen xpayah la wat yg bukan2 lebih baik sembang gn simsimi ni...tengah malam pun boleh wat kita pecah perut..........kahkah.......... 

untuk memudahkan korang google kat address ni....

SimSimi - Android

www.androidzoom.com › Android AppsEntertainment
Download SimSimi for Android (10000000 - 50000000 downloads) - Talk to SimSimi and teach him new words.

selamat mencuba dan berseronok dengan simsimi........

Khamis, 9 Ogos 2012

raya oh raya



sedar xsedar dah doploh hari kita berpuasa..fuiyoo...cepat sungguh masa berlalu. so mcm mana dgn korg sume?persiapan raya dah buat ke? baju, seluar, kuih muih, perhiasan rumah?


tahun ni masuk tahun kedua beraya sebagai mama kepada budak kecik yg xtau dok diam si aqeela...sungguh la teruja, dan sungguh la excited menyiapkan pakaian si kecik itu...dah tentu2 la baju dan persiapan lebih byk tertumpu pada dia.sonok kan jadi anak kecik.

tengok bukan main lagi dia berposing...


biarla org nak kata alah anak sorang xpela..beli ape saje..dah 2-3 tau la nti mcm mana..mmm ade aku kesah?

punye la syok membeli, sume utk pakai raya...bile disemak balik hahaha dekat 15 psg utk si kecik itu saje...huhu kena pakai sehari 2 psg bertuko2 le kut gamaknye.kahkah......mama punye baju raya mungkin sdg dijahit..2 psg cukuplah..skang ni masalahnye si papa punye baju je blom belik lagi..
kalo nak baju melayu bersepah org jual, nak plak si papa pakai jubah bagai...

tema taun nih biru yer...hoho mane nak cari jubah kaler biru nih......kebanyakan kaler putih dan itam...ade plak skang nih fesyen kurta jubah sekerat...xmo plak papa pakai...nti kene pakai gn kain pelekat hahaha.......kalo pakai gn seluar dah jadi ala2 hindustan la plak ye papa..ahaks......

mam xkisah la papa nak pakai jubah ke, kurta ke, janji pakai baju raye...ade plak kadang2 tu papa ckp mmm xpayah la beli baju...huhu sedih la plak.......pakai je apa yg ade. mane bleh kan...xsedondon la......sedondon tu penting utk menambahkan lagi kemeriahan di pagi raya...

masuk raya kedua lantaklan dah xsedondon pun...btol tak?sebab kdg2 raya kedua ni org dah xkisah dah sgt...

pape pun xsabar tunggu raya kali ni...sebabnye budak kecik ni dah bergaya dgn baju kurung dan bleh jalan berlari ke sini sana dah....cumelll kan....taun lepas masih berdukung bagai lagik...

neway nti kita sambung lagi cite raya k...walaweh..................

Khamis, 19 Julai 2012

kursus dan reunion ? ? ?

agak lama xmenulis di carpet itam ni...juz nak share baru2 ni aku di panggil berkursus di institut penilaian negara (INSPEN) bangi, selangor..hoho....kursus ni baru rupamye di inspen..kursus penilaian harta tanah industri burung walit. so, menurut surat panggilan kursus aku hanya tau aku akan bertemu dgn rakan classmate aku mase study diploma dulu yer...so check punye check bertiga....aku, kakzu n kakla..ok xpe la...

xpe la...sonok bukan kepalang dpt jumpa kwn2 yg dh lama xjumpa. dgn kakzu masih baru lagi jumpa di wedding hawa, tapi dgn si kakla ni mmg sgt lama la xjumpa, byk la cite yg kuar balik, mengimbas memori kenangan bersama selama 3 tahun.

so the 1st day hari masuk kuliah tu, bleh plak mase sarapan tuh nmpakla sorg yg dikenali jugak...owh mela rupenye...dah tergelak beso la kitorang ni...pe lagi riuh rendah le....

jom layan gamba kitorang abes je kuliah petang g pekena tutti fruitti..layyannnnnzzzzzzzzzzz.............

 stiap sorg punya

 kakzu, kakla dan mela

us...

so tu jela citenye...byk lg xlarat nak tulih...4 hari pon xcukup...

Selasa, 26 Jun 2012

prestasi kerja yang agak merudum

dah lama xhapdet..kekadang rasa malas, xtaula ikut perangai sapa..perangai diri la kan..sebab malas boleh diatasi...

aku rasa sipat malas ni pun berpunca dari ketiadaan bos di opis...bekerja tanpa ada kawalan dari seseorang yg bleh dihormati pun bleh menyebabkan prestasi kita jatuh...sebabnya xdak sapa bleh wat pengukuran terhadap hasil kerja kita...setiap kerja yg dilakukan harus ada penilaian dan xsalah jugak kpi atau pun key performance index diwujudkan...

hoho....sgt la malas diketika ini....

Selasa, 19 Jun 2012

Tips wajib baca!!!!!!!!!!!!!!




Untuk Mengenali Bulu Khinzir Yang Dijadikan Berus



Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya – agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

Credit to Rindok Blog